Thursday, March 29, 2012

TIPS TERBAIK UNTUK SUAMI KETIKA ISTERI SEDANG BERPANTANG?

1- Berapa ramai para suami yang sanggup bersusah payah untuk menjaga isteri sewaktu di dalam pantang?
2- Berapa ramai yang tahu resepi atau makanan yang sesuai untuk isteri dalam pantang?
3- Berapa ramai yang sanggup belajar mandikan bayi baru lahir yang masih lembut badan dan tulang nya tu?

Yang biasa kita dengar, apabila isteri bersalin, isteri akan dihantar balik kampung untuk dijaga oleh ibu mertua ataupun ibu sendiri. Encik suami? Adakah anda menghabiskan masa-masa cuti anda untuk enjoy? Diharapkan semua suami yang membaca artikel ini, adalah suami yang bertanggungjawab kepada isteri anda….

Encik-encik suami sekalian, tahukah anda, sakit melahirkan pernah disenaraikan sebagai kesakitan ranking kedua selepas sakitnya dicabut nyawa.....Berkorbanlah sebanyak manapun untuk jaga isteri selepas dia melahirkan, tidak akan dapat menebus semula kesakitan melahirkan itu. Jadi, tidak salah sekiranya anda menunaikan permintaan isteri anda jika isteri anda meminta bantuan.Lebih baik sekiranya, anda bertindak dahulu sebelum diminta atau disuruh oleh isteri anda.. .Ingatlah…Isteri anda telah bertarung nyawa melahirkan zuriat anda….

Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:-
******************************************************

1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai…

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Mungkin sukar untuk menjadi suami yang dapat memenuhi tips di atas…Namun, sekiranya anda para suami, berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda…Pasti anda dapat lakukannya dengan mudah…Jika ada para suami yang berkecil hati dengan artikel ini, saya mohon maaf..Niat saya cuma ingin berkongsi kebaikan kepada semua…Sama-samalah kita berubah kea rah yang lebih baik…InsyaAllah…

Credit to : WonderfulLife.my

NUTRISI PENTING UNTUK MAMA SEBELUM & SEMASA HAMIL

Apa yang anda dan suami makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi, pastikan anda berdua mengamalkan pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil.
Berikut merupakan beberapa sumber makanan yang perlu diambil oleh wanita-wanita yang sedang berusaha untuk hamil...check it out!!

1- Asid Folik
***********
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%! Jadi tingkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang dan jus-jus.

2- Zat Besi
**********
Nutrisi ini amat penting bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan dan mencegah anemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah keperluan hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

3- Kalsium
*********
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangakn gejala ibu mengalami kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

4- DHA
******
Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Mulai tujuh bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.

5- Air
*****
Anda digalakkan untuk minum minimum 10 gelas air masak setiap hari. Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan jenis cecair yang lain.


Jadi, pengambilan nutrisi lengkap sebelum & semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement/vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik dan selamat.

BERIKAN YANG TERBAIK HANYA UNTUK BAYI YANG ANDA KANDUNGKAN DAN DIRI ANDA....:-)

credit to: Wonderfullife

Thursday, March 15, 2012

AMALAN UNTUK IBU HAMIL (SURAH & DOA)

Berikut merupakan beberapa DOA dan Surah Al-Quran yang elok diamalkan sewaktu mengandung

DOA.
*****

(1) Doa memohon rahmat - Surah Ali 'Imran, 3: 8-9.

(2) Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali 'Imran, 3: 38.

(3) Doa agar anak mengerjakan solat - Surah Ibrahim, 14: 40-41.


SURAH AL-QURAN.
***************
(1) Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati & kuat ingatan.

(2) Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin.

(3) Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & akhlak.

(4) Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & jiwa.

(5) Surah Yasin - Untuk ketenangan hati & anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

(6) Surah Toha - Semoga bayi lembut hati.

(7) Surah An-Nahl - Untuk memperoleh anak yang berdisiplin.

(8) Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.

(9) Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati.


Dan, jangan lupa untuk menjaga amalan yang wajib (solat 5 waktu!) dan sebaik-baiknya untuk cuba khatam Al-Quran walau sekali. Banyakkanlah membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan sepanjang mengandung dan dipermudahkan bersalin. Insya Allah... (^_-)

**Good Luck Mommies**

credit : genkimomma.net & 

Bicara Selebriti- Kapten Hafiz, Sharifah Khasif & Oki Setiana Dewi